Haa menarik tak tajuk dia :p hewhew. Okay serious. Senarai ini ialah senarai perkara misteri yang paling paling femes di dunia dan tidak diselesaikan sampai lah sekarang ni. Banyak lagi sebenarnya, tapi kita pilih ni je. Jom baca?
1. Black Dahlia
Pada 1947 tubuh Elizabeth Short, 22 tahun, ditemui terpotong dua di tempat letak kereta diLos Angeles . Tragedi pembunuhan itu kemudian dilaporkan di surat khabar, Elizabeth Short pun dapat nickname "Black Dahlia".
Menurut laporan akhbar-akhbar, sesaat setelah pembunuhan, Short dapat nickname "Black Dahlia" di sebuah kedai ubat Long Beach pada musim panas 1946, sebagai plesetan dari filem The Blue Dahlia.
Namun, penyelidik Negara bahagian Los Angeles menyelidiki nickname yang diciptakan oleh wartawan surat kabar itu. Apalagi Elisabeth Short selama hidupnya tak sekalipun mendapat nickname Black Dahlia. Habistu macam mana asal usulnya tiba-tiba bila mati dapat ‘nickname’ tu? Apa alasan wartawan tu kasi nickname Black Dahlia pada Elisabeth.
Banyak rumors seputar kes Black Dahlia itu, tapi hingga sekarang tak terungkap latar belakang mahupun siapa pembunuh Elisabeth.
2. Bermuda Triangle, MISTERI KEHILANGAN KAPAL DAN PESAWAT SECARA MISTERI
Segitiga Bermuda merupakan perairan di Lautan Atlantik Utara di mana banyak pesawat terbang dan kapal telah hilang secara misteri. Selama bertahun-tahun banyak penjelasan seputar hilangnya pesat juga kapal, ada yang menyebut cuaca buruk, diculik makhluk asing, sampai pelbagai teori dalam hukum fizik.
Meskipun dokumentasi substansial ada untuk menunjukkan bahwa banyak laporan telah dibesar-besarkan, masih belum ada penjelasan yang benar-benar masuk akal tentang penghilangan misteri kapal dan pesawat pesawat itu.
3. Makhluk Loch Ness
Kisah monter Loch Ness adalah legenda yang sangat terkenal sejak dulu hingga kini, sama seperti misteri Bigfoot, Yeti. Loch Ness adalah sebuah tasik laut tawar terbesar di Inggris. Selama berabad-abad muncul berbagai laporan seputar penampakan makhluk penunggu Loch Ness. Legendanya, makhluk ini sudah ada sejak zaman Santo Columba (565 AD). Tapi sejumlah ilmuwan membantahnya dan menyatakan laporan-laporan yang ada itu, adalah hoax.
Entahlah, mana yang benar. Namun ada sebuah catatan tentang penampakan makhluk besar itu pad 22 Julai 1933. Ketika itu George Spicer bersama isterinya sedang melintas di sekitar tasik, naik kereta, mereka melihat pemandangan menakjubkan itu. Makhluk ini menampakan dirinya di tasik. Sebagian tubuhnya menyembul, sehingga pasangan ini boleh melihatnya secara jelas. Makhluk besar itu digambarkan memiliki tinggi 4 feet dan panjang 25 feet. Lehernya panjang dan kecil, hanya sedikit lebih besar dari belalai gajah. George dan istrinya tak boleh membayangkan bahagian kaki makhluk ini, kerana menurut mereka, bahagian bawah tubuh makhluk itu terendam di tasik.
Kesaksian yang lain adalah tahun 2007, bahkan makhluk itu konon sempat bergambar dan divideokan. Malangnya, baik gambar mahupun video itu hasilnya tidak begitu jelas. Penjelasan tentang ini pun minimum. Tapi ada khabar menarik, bahawa kemungkinan makhluk itu memang wujud, ia adalah jenis plesiosaurus—family dinosaurus– yang selamat dari sisa populasi dinosaurus.
4. Misteri Mothman Manusia Bersayap
Mothman adalah nama yang diberikan kepada makhluk aneh yang dilaporkan di Charleston dan Point Pleasant wilayah West Virginia antara bulan November 1966 dan Desember 1967. Namun laporan terbaru adalah tahun 2007. Kebanyakan pengamat menggambarkan Mothman sebagai lelaki bersayap berukuran besar dengan mata merah.
Ada laporan yang menyebut makhluk ini tidak berkepala, matanya ada di dada. Beberapa hipotesis telah dikemukakan untuk menjelaskan kewujudan makhluk ini, dari ilmiah hingga fenomena paranormal bahkan teori konspirasi.
Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan seorang budak kecil pada 1926.Pada saat yang sama, tiga orang sedang menggali kubur di perkuburan di sisinya, ketika mereka melihat makhluk seperti manusia tetapi bersayap keluar dari balik pokok. Ada banyak laporan penampakan Mothman, namun tidak ada satu pun bukti dari gambar.
5. The Chupacabra
El chupacabra (Goat sucker) atau chupacabra secara harfiah bermaksud penghisap kambing. Makhluk ini dikenali di komuniti penternak di Amerika Latin seperti Mexico, dan Puerto Rico, di mana penampakannya pertama kali dilaporkan. Makhluk ini dilaporkan menyerang dan menghisap darah ternakan, khususnya kambing.
Kes serupa ini pernah dilaporkan terjadi di Moca, pada 1987. Ketika itu haiwan-haiwan kesayangan mati kering kehabisan darah. Maka sebutan kes itu adalah vampire dari moca.Kerana luka yang ditinggalkan mirip gigitan vampire, hanya kecil di leher.
Keterangan yang paling umum dari chupacabra adalah mempunyai kulit bersisik, dengan duri sepanjang belakangnya. Warna kulitnya, hijau keabu-abuan. Tingginya antara 2-3 meter, ia melompat seperti kangguru. Ia boleh melompat sehingga setinggi 6 meter. Laporan tentang wajahnya, bermacam-macam. Ada yang menyebut mirip anjing, ada juga yang mengatakan, mirip harimau kumbang. lidah bercabang dengan taring besar. Baunya seperti sulfat. Uniknya, beberapa saksi mengatakan, makhluk ini mempunyai sayap.
Apapun ni baru setengah. Sebenarnya berjuta lagi mitos mitos yang mungkin kita taktahu ataupun tak dihebohkan pada org ramai.
*p/s : so inilah dia 5 senarainya. Fiuhh~ penat taw. Ada orang kacau pulak tu. Ishish.
No comments:
Post a Comment